Friday, April 17, 2009

Percutian Ke Pulau Redang 1

Pada 5 hb April, pukul 2100, saya bertolak ke Stesen Putra, bersama rakan, Nasir dan Ezzarul, dengan menaiki LRT. Walaupun, pada mulaya, dia org nak tingalkan saya kerana sy terlewat, namun, bila tiba di stesyen Ampang, sy juga yg meningggalkan mereka, kerana saya tak perlu membeli tiket, kerana saya menggunakan Touch And Go. hehehehe

Dengan berbekalkan beg besar yg digalas, kami tiba di stesen putra pada pukul 2140. Utk bertemu dengan rakan2 yang lain. Sambil-sambil menunggu pukul 2300, kami pun bermulalah sesi berkenalan dengan kawan2 yang lain. Jumlah terkumpul kini seramai 13 org, masih kurang 2 org. Adakah peristiwa Pangkor akan berulang? Adakah Nasir A.k.a ketua Program akan menggunakan segala tenaga dan kudrat yang ada untuk menahan Bas? hehehe :D

Jam sudah pukul 2240, Bas Mara Liner kami,sudah pun sampai, dan driver bas telah memanggil kami utk menaiki bas. Di sini, bermulalah sesi berunding utk menahan bas, dan rundingan berjaya, utk menahan bas selama 10 minit. Tahniah kepada Nasir dan Shida. hehehehe

Pada pukul 2255, kami semua menaiki bas dan saya duduk sebelah Ezzarul. Bas mesti bergerak pukul 2300, tapi akan berhenti diluar Stesen, untuk menunggu. Memang tepat seperti dijanjikan, pukul 2310, 2 orang rakan pun tiba, dan bas bergerak ke Kuala Terengganu. Setelah penat bersembang, Sahabat2 semua tido di dalam bas, tinggallah saya seorang, yang masih tidak tido, memikirkan perkara yang tak pasti.

Pada 6 hb, pukul 0530, tibalah di Stesen Bas kuala Terengganu, dan kami pergi ke rumah rehat yang di sediakan oleh Agensi. Pada pukul 0730, kami menaiki bas yg telah di sediakan, dan bertolak ke Jeti. Sampai tertido-tido didalam bas ini, sbb tido tak cukup. hehehe :D

Setelah 1 jam perjalanan, kami pun sampai di jeti, dan tak sabar2 menunggu bot yang akan di bawa ke Pulang Redang, maka, banyak lah berlaku sesi bergambar di sana.


Baru turun dari bas


Bergambar di tepi jeti

Gambar dengan awek2 org. hahaha :D


Pada pukul 1015, kami pun menaiki bot, untuk menuju ke Pulau Redang. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 40 minit.


Bersiap sedia dengan Life Jacket


Lebih kurang pukul 1100, kami pun sampai. Cantik sungguh pulau nie. Air yg bersih dan cantik. Dah tak sabar rasanya nak main air. hehehehe :D



Permandangan Pertama Ketika sampai



Air Yang cantik


Berjalan Menuju ke Chalet




1 comments:

Hasz said...

cantiknye pantai. erm ... saya perlukan rehat. kerana ... (sila baca blog saya). www.hasziii.blogspot.com