Sunday, April 19, 2009

Percutian Ke Pulau Redang 3 (Akhir)

Setelah bergembira, tanpa di sedari, sudah masuk ke hari yang terakhir. Pada 8 April, pukul 0800, kami check out dan bersiap sedia utk pulang. Di dalam masa itu, sempatlah kami bergambar kenangan seblum pulang.


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Redang
(Hehehe)

Cikgu displin,Cikgu Letchumanan duduk di tengah berbaju biru cair
(Wahahaha :p )

Pada puku 0930, bot kami pun tiba, dan kami pun berangkat pulang ke Kuala Terengganu.



Bersiap sedia menaiki Bot


Di dalam bot, pulang!



Ini adalah antara gambar2 permandangan yang terpaksa kami tinggalkan, namun tak mungkin kami lupakan.









Keindahan sewaktu senja menjelang


Kesimpulan


Beg Sandang berharga RM 100

Pakej Perjalanan berserta Tambang bas berharga Rm 377

Kegembiraan dan Kenangan Indah Yang Terukir?- TAK TERNILAI HARGANYA


Walau pun waktunya agak singkat, walaupun terpaksa dibayar dengan wang ringgit yang banyak, namun kegembiraan dan senyuman yg terukir di wajah mereka, agak sukar untuk digantikan dengan apa-apa sekalipun.


Kegembiraan Di puncak Bukit


Kenakalan


Kegembiraan bersama bilik


Keceriaan ketika berendam bersama


Kegembiraan ketika Terdampar Bersama


Keceriaan ketika berdoa bersama


Kegembiraan Ketika Mandi Bersama

Gembira ketika pergi ke cafe


Biarlah semuanya tersimpan di dalam lipatan sejarah, sebagai Kenangan Yang Terindah, yang tidak akan dilupakan, seumur hayat mereka.






TAMAT



Album 1 : http://picasaweb.google.com/feeedz/RedangVacation#

Album 2 : http://picasaweb.google.com/mkizwan/Redang#

Album 3 : http://picasaweb.google.com/paradoxGurlz/RedangDalamAir#

Album 4 : http://picasaweb.google.com/fazizan/Fazi#

Saturday, April 18, 2009

Percutian Ke Pulau Redang 2

Saya pun melihat kawasan sekeliling, sblum pergi ke bilik. Semuanya, ok. Nampak menarik. :D



Tempat makan


Permandangan sekeliling


Permandangan dari atas


Kawasan sekeliling



Boleh jugak makan di luar



Bilik (Ketika baru sampai) hehehe



Pada trip kali ini, ada 3 kali aktiviti snorkelling. Memang menyeronokkan. Sempat jugalah saya bersnorkeling, walau pun tak sehandal member2 yang lain. hehehe :p


Beramah mesra bersama ikan


Bergembira selepas snorkelling


Bergambar selepas snorkelling



Aktiviti petangnya pun, tidak kurang menariknya, selain berendam di laut, kami juga bermain bola tampar pantai :D


Bermain Bola Tampar


Pada waktu malam, selepas makan bersama, kami mengadakan aktiviti yang di laukan semasa menyertai aktiviti "Pakaian Seragam" di sekolah dulu. Namun begitu, memang menyeronokkan.


Ketika makan


Permainan "Belacan" oleh Nasir (hehehe :p)



Berehat menunggu pusingan seterusnya


Permainan di teruskan


Giliran saya




Bersambung....... :D


Friday, April 17, 2009

Percutian Ke Pulau Redang 1

Pada 5 hb April, pukul 2100, saya bertolak ke Stesen Putra, bersama rakan, Nasir dan Ezzarul, dengan menaiki LRT. Walaupun, pada mulaya, dia org nak tingalkan saya kerana sy terlewat, namun, bila tiba di stesyen Ampang, sy juga yg meningggalkan mereka, kerana saya tak perlu membeli tiket, kerana saya menggunakan Touch And Go. hehehehe

Dengan berbekalkan beg besar yg digalas, kami tiba di stesen putra pada pukul 2140. Utk bertemu dengan rakan2 yang lain. Sambil-sambil menunggu pukul 2300, kami pun bermulalah sesi berkenalan dengan kawan2 yang lain. Jumlah terkumpul kini seramai 13 org, masih kurang 2 org. Adakah peristiwa Pangkor akan berulang? Adakah Nasir A.k.a ketua Program akan menggunakan segala tenaga dan kudrat yang ada untuk menahan Bas? hehehe :D

Jam sudah pukul 2240, Bas Mara Liner kami,sudah pun sampai, dan driver bas telah memanggil kami utk menaiki bas. Di sini, bermulalah sesi berunding utk menahan bas, dan rundingan berjaya, utk menahan bas selama 10 minit. Tahniah kepada Nasir dan Shida. hehehehe

Pada pukul 2255, kami semua menaiki bas dan saya duduk sebelah Ezzarul. Bas mesti bergerak pukul 2300, tapi akan berhenti diluar Stesen, untuk menunggu. Memang tepat seperti dijanjikan, pukul 2310, 2 orang rakan pun tiba, dan bas bergerak ke Kuala Terengganu. Setelah penat bersembang, Sahabat2 semua tido di dalam bas, tinggallah saya seorang, yang masih tidak tido, memikirkan perkara yang tak pasti.

Pada 6 hb, pukul 0530, tibalah di Stesen Bas kuala Terengganu, dan kami pergi ke rumah rehat yang di sediakan oleh Agensi. Pada pukul 0730, kami menaiki bas yg telah di sediakan, dan bertolak ke Jeti. Sampai tertido-tido didalam bas ini, sbb tido tak cukup. hehehe :D

Setelah 1 jam perjalanan, kami pun sampai di jeti, dan tak sabar2 menunggu bot yang akan di bawa ke Pulang Redang, maka, banyak lah berlaku sesi bergambar di sana.


Baru turun dari bas


Bergambar di tepi jeti

Gambar dengan awek2 org. hahaha :D


Pada pukul 1015, kami pun menaiki bot, untuk menuju ke Pulau Redang. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 40 minit.


Bersiap sedia dengan Life Jacket


Lebih kurang pukul 1100, kami pun sampai. Cantik sungguh pulau nie. Air yg bersih dan cantik. Dah tak sabar rasanya nak main air. hehehehe :D



Permandangan Pertama Ketika sampai



Air Yang cantik


Berjalan Menuju ke Chalet




Saturday, April 4, 2009

Perdana Menteri Malaysia ke-6


Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Dato' Seri Najib Bin Tun Razak, kerana akhirnya, beliau berjaya juga menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya harap, beliau dpt mentadbir negara dengan lebih baik lagi, mendengar suara rakyat, serta membawa negara kita, keluar dari Krisis ekonomi dan krisis perpaduan di negara kita, InsyaAllah.

Di samping itu, saya merasa bangga kerana, pejuang, pemangkin, dan pemimpin yang terulung yg sangat kita sayangi, iaitu, Tun Dr. Mahathir, telah kembali ke Pangkuan Umno. Tahniah di ucapkan. Semuga, beliau buleh membantu mengembalikan semangat kita yg telah patah, dan membantu membawa negara kita ke landasan negara maju 2020, insyaAllah.

Kepada Pak lah, Selamat berehat. Rehatlah banyak2, mungkin sebelum nie, kurang rehat kot. Tak pe lah, rehatlah yek. Terima kasih segalanya.


Dalam sekelip mata, kita sudah ada 6 orang perdana menteri. Paling untung, bapa saya, kerana dapat merasa pengalaman di bawah pemerintahan 6 perdana menteri. Saya doakan kedua ibu bapa saya dipanjangkan umur, sihat dan di mewahkan rezeki, insyaAllah.


p/s: Ada peluang ke sy jadi Perdana Menteri Ke-10? hehehehe :p

Friday, April 3, 2009

Friendster Oh Friendster

Hehehe Tu lah pasal. Kadang2, ada orang, suka sgt buat Private Profile, lepas tu, nak bg power lagi, dia buat "Messaging OFF" plak, kununnya, tak nak diganggu dengan apa cara skali pun. Tak mengapa, anda buleh buat semuanya. Semuanya hak anda. Andalah yg menentukan segalanya.

Namun, masalahnya, bila org sebegini, bagi komen atau pun komen gambar pada kita, kita tidak buleh buat apa2. Kita tidak boleh membalas apa2. Nak berkomunikasi dengan apa cara skali pun, tidak dibenarkan. Semuanya hanyalah sehala.

Pernah pengalaman saya skali, bila ada org bg komen seolah2 bertanya pada saya, jadi, mcm mana sy nak jawab kat dia tu yek? Bila letak kat peti komen sendiri, kadang2, komen yg kita tuju kat org sebegini, tidak sampai kerana, "ditolak ke bwah" oleh komen2 sahabat2 yg lain, jadi matlamat tidak tercapai.

Apa saya buat? Nasib baik dia ada hubungan persahabatan dengan kawan saya. jadi, sy minta, kawan saya itu, bg tahu kat dia, suruh add saya. terpaksalah sebegitu. Apa nak buat.

Tapi, ada jugak org sebegini, yang tiada hubungan persahabatn langsung dengan sahabat2 saya. jadi, nak tak nak, sy biar je lah. Tp, tu lah, mesti org sebegini akan mengatakan yg saya sombong, tak nak balas komen dia org. tp, apa kan daya, kita tak mampu. yg pasti, "Niat" nak balas tu, memang ada, tp tak ter balas. hehehee :p

p/s: Sy tak buat private profile, sy tak buat messaging off, sy tak tapis komen, sy permudahkan utk "add" :D

:> Buka2 lah message tu, bg lah sedikit ruang utk perhubungan 2 hala. kalau tak suka pun, jgn jawab message itu, sekurang2nya, ada ruang sedikt utk org lain berkata-kata :D

Thursday, April 2, 2009

Hari Ke-2

Selamat Datang ke blog saya. Di harap, dapat memberi sedikit komen, cadangan dan pandangan, untuk memajukan lagi blog ini. Sekian, Terima kasih. :D

Wednesday, April 1, 2009

Pelancaran Blog "Yang Bercerita"


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Di ucapkan.

Sebelum ini, tidak terlintas di fikran saya, untuk mewujudkan blog ini. Namun, di atas galakkan Kakak saya (Blog Words of Mind), di samping kewujudan blog yang semakin berkembang, telah memberi sedikit kesan kepada diri saya untuk mewujudkan blog ini.

Pada hari ini, 1 hb April 2009, saya fikir, adalah tarikh yang tepat untuk melancarkan blog ini, kerana ianya bukan sahaja dilancarkan pada awal bulan, malah senang utk di ingati kerana tarikh itu begitu "femes".

Saya harap, semua rakan-rakan, sahabat, rakyat malaysia, atau dimana jua anda berada, sudi-sudilah melawat ke blog saya, dan saya sedia mendengar pandangan dan pendapat anda semua. :D

Semuga, blog ini dapat memberi kebaikan kepada kita semua.

Dengan Lafas Bismillahirrahmanirahim, Dengan ini, saya, melancarkan Blog "Yang Bercerita". Sekian, Terima Kasih.